Biodata Lengkap An Najwa Azizan : Pemain Bola Jaring Kebangsaan | Assalamualaikum kepada semua
followers
Sukan Viral,
Artikel pada kali ini adalah berjudul
Biodata Lengkap An Najwa Azizan : Pemain Bola Jaring Kebangsaan.
Semoga isi kandungan yang kami tulis ini dapat anda fahami dan memberi manfaat kepada anda semua. Selamat membaca.
BIODATA LENGKAP AN NAJWA AZIZAN : PEMAIN BOLA JARING KEBANGSAAN
Nama An Najwa Azizan tiba-tiba menjadi sebutan hari ini
selepas kejayaan skuad bola jaring negara menamatkan kemarau 16 tahun pingat
emas di Sukan SEA. Aksi beliau yang tenang dan bersahaja berjaya memikat hati
penonton yang menyaksikan siaran langsung akhir bola jaring.
.
Berikut adalah beberapa fakta berkenaan ‘buah hati’ baharu
rakyat Malaysia ini untuk pengetahuan anda.
.
1. An Najwa Azizan dilahirkan pada 9 Ogos 1997 dan merupakan
anak keempat dari lima beradik.
2. Mewarisi bakat bersukan daripada bapanya, Azizan Azmi,
yang merupakan bekas pemain ragbi kebangsaan.
3. Berketinggian 179cm.
4. Mula berjinak-jinak dengan bola jaring pada usia 13
tahun.
5. Sebelum menceburi sukan bola jaring, An Najwa terlebih
dahulu terbabit dalam sukan olahraga, khususnya acara lompat jauh.
6. Sudah memiliki 43 kaps bersama skuad kebangsaan sejak
2013.
7. Dipilih sebagai MVP (Most Valuable Player) ketika pasukan
negara muncul juara Kejohanan Bola Jaring Asia tahun lalu.
8. Ditanya rahsia berjaya menghasilkan gol setiap kali
memegang bola, katanya “Saya tidak fikirkan perkara lain. Saya hanya fokus mahu
masukkan bola ke dalam jaring”.
.
.
Diharapkan skuad Bola Jaring Malaysia akan lebih fokus di masa akan datang dan untuk An Najwa semoga terus berjaya untuk kejohanan selepas ini. Tahniah dan selamat maju jaya.
#TeamSukanViral
Kami berharap agar artikel Biodata Lengkap An Najwa Azizan : Pemain Bola Jaring Kebangsaan ini dapat memberi manfaat untuk kita semua. Bak kata pepatah,"MEMBACA JAMBATAN ILMU".
Baca juga
No comments: